Tuesday 6 May 2014

Shhoooottt !! Yes...Debushh


‘Terima Kasih’ kerana rosakkan saya

‘Terima Kasih’ kerana rosakkan saya
Saya gadis bertudung labuh
Muka saya putih pucat , bibir saya kelihatan suram
Saya memakai kaca mata
saya tak memakai make-up
bagi saya cantik itu tidak penting
yg penting kelihatan depan Allah , Tuhan kita
Terima kasih kerana rosakan saya
Saya seorang pendiam , kurang cakap sebab di tuntut dalam agama
Berfikir tentang kebesaran Nya
Waktu2 lapang saya , saya habiskan baca Al-Quran ,
smartphone di tangan bila perlu sahaja
saya suka berkebun dan tanam bunga , saya senyum lihat bunga saya
Terima kasih rosakan saya
Saya jarang tgk cermin ,
Sebab bila saya tgk cermin
Msti ada bisikan kata ‘ awak cantik , awak cerah , awak paling cantik’
Saya tak layan sebab saya tau ianya bisikan syaitan
Saya ignore , saya kekal dgn tudung labuh hitam saya
Saya tidak mengambil gmbar saya , saya tidak post gmabar saya dalam pesbuk
Atau media social yg lain , saya tidak harap manis depan manusia
Tapi manis depan Allah SWT
Terima kasih rosakan saya
Saya suka menulis post Islamic agar berdakwah di facebook
Saya bermunajat agar tidak terlibat dalam maksiat
Saya senyum di samping Al-Quran dan tasbih di tepi saya
Saya gembira ada kawan sehaluan saya
Terima kasih rosakan saya
Saya duduk di tepi dewan kuliah ,terlihat awak memandang saya
Pandangan awak terus ke mata saya
Saya tak selesa , saya beredar dari situ
Saya istighfar kepada Allah
Setiap hari awk memandang saya
Saya berasa malu , awak pandang saya
Saya Tarik hand-sock saya , tutup mulut saya
Saya segan bila awak tenung saya ,
Terima kasih rosakan saya
Saya teringat kat awak, tiada lelaki pernah begitu dgn saya
Saya ternanti2 bila lagi awak tenung saya
Kadang2 saya tersedar semua ini salah
Allah marahkan saya
Tapi pandangan mata awak mendominasi saya
Terima kasih rosakan saya
Biasanya saya menghabiskan masa membaca Al-Quran seperti biasa
Berusrah , dan membaca hadis
Menelefon mak saya
Tapi….
Suatu malam ,
Ada nombor tidak dikenali whatsapp saya
Saya tengok gmbr dia , gmbar dia
Saya tersenyum lebar. Awak cakap ‘Asalamulaikum “
Saya jawab ‘ waalaikumsalam”
Awak tnya esok kelas start kul brapa
Saya jawab kul 10 …..
Awak kata nak berkawan dengan saya
Saya kata insha Allah boleh…..
Dan berterusann…………………………………………….
Terima kerana rosakan saya
Tiap malam saya tunggu awak whatsap saya
Saya tunggu
Dan awak memang akan whatsapp saya
Saya gembira awak gembira
masa kosong saya
tidak lagi dengan Al-Quran
kini smartphone di tangan saya
tapi…. Dlam tu ada awak , awak temankan saya
kita hari2 texting , tu x ? saya suka
Terima kasih kerana rosakan saya
Saya suka awak pandang saya ,
Dan awak kata saya senyum manis ,
Saya tengok cermin , ermm memang betul la yg awak kata
Saya tengok cermin ,
Saya kata dengan diri saya , awak suka muka saya
Terima kasih rosakan saya
Hari tu , saya tak pakai tudung labuh hitam
Saya pakai tudung labuh pink
Then awak whatsapp , awak kata saya manis dengan tudung pink tu
Saya senyum , awak kata ‘saya suka awak’
Saya jugaaa
Terima kasih kerana rosakan saya
Saya tukar dp whatsapp saya , dgn gmbar saya
Gmbar saya tidak memakai tudung labuh , tapi tudung bawal
Awak kata , saya lebih manis
Saya suka bila awak cakap macam tu
Kawan2 saya tahu psal kita
Mereka kata saya dah maju
Malah mereka mengalakan saya
Saya tersenyum bila mereka kata awak suka saya
Hehe, saya suka
Terima kasih kerana rosakan saya
Saya terkejut bila kawan saya bgi saya chocolate
Dia kata dari awak , saya gembira
Saya tak sampai hati nak makan
Saya pun bagi awak Big Apple dan awak kata awak suka
Terima kasih rosakan saya
Hari ni saya pergi kuliah
Tidak tudung labuh , saya pakai tudung bawal
Yg awak kata saya lebih mainis
Saya tidak pakai kaca mata
Saya pakai contact
Seperti saya harap , awak kata saya lebih manis, saya gembira
Terima kasih rosakan saya
Tiap2 malam kita sembang
Awak bgtau masalah awak
Saya bgitau masalah saya
Saya ada awak
Awak ada saya
Tetapiiiiii
Tiba2 awak jarang dah whatsapp saya
Saya tunggu , awak tak wahtsapp
Saya whatsapp , awak tak balas
Saya sedih
Terima kasih rosakan saya
Saya dapat tahu awak ada ‘kawan’ baru utk whatsapp with
Awak tinggalkan saya
Saya rasa macam kena tipu
Tapi mcmna nak marah
Kita just kawan
Saya sedih , setiap masa saya fikirkan awak
Awak tak pandang saya lagii
Awak tak fikirkan saya lagi
Saya kecewa
Saya pandang cermin , saya buka tdung
Saya memakai lipstick merah
Agar awak pandang saya
Saya pergi dewan kuliah berpakaian begitu
Tapi awak tak pandang saya lagi
Awak sibuk dengan si Dia
Terima kasih rosakan
Saya cari orang lain, saya berlipstick merah
Saya cari orang lain
Untuk cemburukan awak, tapi awak tiada respond
Awak tak kisah
Saya tekad
Saya berkepit dengan orang baru saya
Saya senyum dengan lipstick merah saya
Tapi awak tidak kisah ,sebenarnya saya taknak dia
Saya nak awak
Saya tekad upload gambar
Saya bercium dengan orang baru saya
Tapi awak tidak kisah
Awak…..
Saya menangis…….
Menangiss…..
Berfikir dua kali , saya .. saya menangis…
Bukan sebab awak , sebab saya dah lain
Saya hilang diri saya yg dulu , saya berdoa agar Allah bagi saya hidayah
Saya…. Allah help me
Astaghfirullah
# Nafsu itu menyerang sesiapa sahaja , kita mesti kawal
Jgn termakan pujukan dunia , mari kita sama2 berjuang kerana Nya

nIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

astagfirullah , serius sentap . sentap sangat sangat . walau sentap , apa yang diperkatakan sangat sangat benar . subhanAllah . syukran untuk admin Fb page "Pencinta Rasulullah (SAW)" kerana memberi teguran dan nasihat begini . semoga sentiasa dirahmati . untuk semua wanita yang bergelar Islam bukan yang bertudung labuh dan berniqab sahaja :')
Wanita 1: "Alhamdulillah, jubah hitam baru ini saya beli dari butik fulan fulan, cantik kan???? *Upload Gambar Posing Body"
Wanita 2: hehe..muka ana bila kekenyangan lepas makan. Alhamdulillah..ini kurniaan dari Allah. *gambar kepala sengget
Wanita 3: alhamdulillah. Baru balik dari majlis ilmu. Jaga Iman, Jaga Hati, Jaga mata.. *post gambar body tangan buat Peace
Wanita 4: laparnya, jam baru pukul 9, *golek-golek atas Katil
Wanita 5: Pandang luar tingkap, tangan didagu, status: "Aku masih menunggumu pulang, jom bercinta selepas nikah"
Wanita 6: Selfie sambil buat reaksi muka comel, terkejut, sedih. Status: "Sangat islamik sebar dakwah, banyak kata-kata motivasi" tapi Motif? Inginkan like perhatian menjual maruah diri mahupun menyebarkan dakwah?
Wanita 7: Gambar cincin dijari manis. Status: "Cantik kan? Eh jangan fikir bukan-bukan, ini hadiah dari mak ‪#‎bukancincintunang‬ ‪#‎belumnikah‬‪#‎stillsingle‬ Kecantikanku ini hanya untuk bakal imamku."
Wanita 8: Aku Pendosa Tanpa Noktah *upload Gambar Tangan
Wanita 9: Ya Allah sweetnya.. bercinta lepas nikah is more awesome and more barakah. *Gambar laki bini beraksi macam titanic
Sepatutnya kalian sebagai wanita berniqab, muslimah yang bertudung labuh, tunjukkanlah teladan yang baik kepada wanita diluar sana.
Bukan tergedik-gedik memperagakan Body. Tergedik-gedik mencari komen lelaki. Yang Gedik kini bukan setakat gambar-gambar, tapi turut disertakan status, ayat-ayat, aksi-aksi berinteraksi dengan lelaki berkopiah, berserban, yang mengaji Luar negara. Siap berbalas-balas text dengan penuh suasana ‘islamic’ gedik.
Kalian kena sedar, lelaki berkopiah juga bernafsu. Bukannya semakin dilayan puluhan lelaki berkopiah, membuatkan kalian bertambah semakin solehah. Bukan!!!
Kalian kena sedar, kalian membawa imej Islam. Membawa imej ajaran Rasulallah.
Jagalah akhlak kalian, dengan sebaik-baiknya. Masyarakat awam memandang tinggi kepada kalian, bila kalian sendiri yang meninggalkan akhlak wanita solehah?
Siapa lagi yang hendak tunjuk akhlak solehah? Bila kalian sendiri yang mempergadaikan body dikhalayak? Siapa lagi hendak dijadikan contoh buat khalayak?
Wahai wanita yang digelar muslimah! Ingat! Media social network bukan tempatnya untuk menjual diri, meluahkan isi hati, meraih simpati dan mengejar perhatian orang lain untuk diri.
Seharusnya sebagai wanita perlunya ada sifat privacy menjaga nilai martabat maruah diri yang telah diangkat oleh islam itu sendiri.
Taqwa itu bukannya dengan Upload banyak gambar Possing siap berstatus gedik. Taqwa itu dihati. Jadikan taqwa itu pakaian kita. Kerana taqwa itulah sebaik-baik pakaian.
Kalam Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid: “Carilah pintu kelemahan kamu dan tutupkah pintu itu jangan bagi syaitan masuk menipu daya dan mengawal hawa nafsumu.”

3 soalan 1 penampar

3 SOALAN 1 PENAMPAR
Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab
pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan
dengan izin-Nya saya akan
menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin?
Sedangkan Profesor dan ramai
orang yang pintar tidak
mampu menjawab pertanyaan
saya.
Imam : Saya akan mencuba
sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:
1.Kalau memang Tuhan itu
ada,tunjukan wujud tuhan
kepada saya
2.Apakah yang dinamakan
takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari
api kenapa dimasukan ke
neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah
Tuhan tidak pernah berfikir
sejauh itu?
Tiba-tiba Imam tersebut
menampar pipi pemuda tadi
dengan keras.
Pemuda : Kenapa anda marah
kepada saya? (sambil menahan
sakit)
Imam : Saya tidak marah.
Tamparan itu adalah jawaban
saya atas 3 pertanyaan yang
anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-
sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya
tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya
merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya
bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya
wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban
pertanyaan pertama. Kita
semua merasakan kewujudan
Tuhan tanpa mampu melihat
wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam
anda bermimpi akan ditampar
oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir
oleh anda akan menerima
tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan
takdir.
Imam : Terbuat dari apa
tangan yang saya gunakan
untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi
anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya
tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan
dijadikan dari api dan neraka
juga terbuat dari api, jika
Tuhan menghendaki maka
neraka akan menjadi tempat
yang menyakitkan untuk
syaitan...
"Sahabat, Mari kita duduk,
beriman sejenak?"
dari sahabat kepada semua sahabat

Sunday 4 May 2014

..Ramai Lelaki Boleh Jadi Suami Kepada Isteri.. Tapi Tak Ramai Boleh Jadi Imam Dan Pembimbing..~

tadi tengah sembang2 dgn coursemate..dy ada story satu cerita..

Ada sepasang suami isteri baru sahaja berkahwin..
Si isteri menyakan mengenai hal wanita tetapi ia berkait dgn hukum hakam agama..
cerita dia mcm ni..

Isteri: Abg..saya nak tnya..Saya dah 14 hari xdtg period..tp ada cecair warna coklat..Kalau sy solat..sah tak solat sy tu bang??
Suami: Ish..abg x tahu la syg..cuba awk google pasal soalan tu..mesti ada jawapannya..Bab2 agama ni abg x berapa arif la..kalau nk tanya pasal agama..tanya ustaz..
Isteri: Kenapa kena tanya google bang?abg kan ada..apa guna abg jd suami sy kalau bnda ni pon abg tak tahu..??
Suami: Syg..abg belajar bab agama pon sekerat jalan..Syg tanya la google..mesti ada jawapan.
Isteri: Kalau macam tu..better sy kahwin je dgn google tu..apa guna kahwin dgn awk..bab agama pon awk tak tahu..bila tanya..suruh kita cari dekat google..

# Ramai lelaki yang boleh jadi suami..tetapi tidak boleh membimbing wanita itu.. #

..Ramai Lelaki Boleh Jadi Suami Kepada Isteri..
Tapi Tak Ramai Boleh Jadi Imam Dan Pembimbing..~