Tuesday, 6 May 2014

nIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

astagfirullah , serius sentap . sentap sangat sangat . walau sentap , apa yang diperkatakan sangat sangat benar . subhanAllah . syukran untuk admin Fb page "Pencinta Rasulullah (SAW)" kerana memberi teguran dan nasihat begini . semoga sentiasa dirahmati . untuk semua wanita yang bergelar Islam bukan yang bertudung labuh dan berniqab sahaja :')
Wanita 1: "Alhamdulillah, jubah hitam baru ini saya beli dari butik fulan fulan, cantik kan???? *Upload Gambar Posing Body"
Wanita 2: hehe..muka ana bila kekenyangan lepas makan. Alhamdulillah..ini kurniaan dari Allah. *gambar kepala sengget
Wanita 3: alhamdulillah. Baru balik dari majlis ilmu. Jaga Iman, Jaga Hati, Jaga mata.. *post gambar body tangan buat Peace
Wanita 4: laparnya, jam baru pukul 9, *golek-golek atas Katil
Wanita 5: Pandang luar tingkap, tangan didagu, status: "Aku masih menunggumu pulang, jom bercinta selepas nikah"
Wanita 6: Selfie sambil buat reaksi muka comel, terkejut, sedih. Status: "Sangat islamik sebar dakwah, banyak kata-kata motivasi" tapi Motif? Inginkan like perhatian menjual maruah diri mahupun menyebarkan dakwah?
Wanita 7: Gambar cincin dijari manis. Status: "Cantik kan? Eh jangan fikir bukan-bukan, ini hadiah dari mak ‪#‎bukancincintunang‬ ‪#‎belumnikah‬‪#‎stillsingle‬ Kecantikanku ini hanya untuk bakal imamku."
Wanita 8: Aku Pendosa Tanpa Noktah *upload Gambar Tangan
Wanita 9: Ya Allah sweetnya.. bercinta lepas nikah is more awesome and more barakah. *Gambar laki bini beraksi macam titanic
Sepatutnya kalian sebagai wanita berniqab, muslimah yang bertudung labuh, tunjukkanlah teladan yang baik kepada wanita diluar sana.
Bukan tergedik-gedik memperagakan Body. Tergedik-gedik mencari komen lelaki. Yang Gedik kini bukan setakat gambar-gambar, tapi turut disertakan status, ayat-ayat, aksi-aksi berinteraksi dengan lelaki berkopiah, berserban, yang mengaji Luar negara. Siap berbalas-balas text dengan penuh suasana ‘islamic’ gedik.
Kalian kena sedar, lelaki berkopiah juga bernafsu. Bukannya semakin dilayan puluhan lelaki berkopiah, membuatkan kalian bertambah semakin solehah. Bukan!!!
Kalian kena sedar, kalian membawa imej Islam. Membawa imej ajaran Rasulallah.
Jagalah akhlak kalian, dengan sebaik-baiknya. Masyarakat awam memandang tinggi kepada kalian, bila kalian sendiri yang meninggalkan akhlak wanita solehah?
Siapa lagi yang hendak tunjuk akhlak solehah? Bila kalian sendiri yang mempergadaikan body dikhalayak? Siapa lagi hendak dijadikan contoh buat khalayak?
Wahai wanita yang digelar muslimah! Ingat! Media social network bukan tempatnya untuk menjual diri, meluahkan isi hati, meraih simpati dan mengejar perhatian orang lain untuk diri.
Seharusnya sebagai wanita perlunya ada sifat privacy menjaga nilai martabat maruah diri yang telah diangkat oleh islam itu sendiri.
Taqwa itu bukannya dengan Upload banyak gambar Possing siap berstatus gedik. Taqwa itu dihati. Jadikan taqwa itu pakaian kita. Kerana taqwa itulah sebaik-baik pakaian.
Kalam Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid: “Carilah pintu kelemahan kamu dan tutupkah pintu itu jangan bagi syaitan masuk menipu daya dan mengawal hawa nafsumu.”

No comments:

Post a Comment